K'jaan DAP Pulau Pinang terus perkasa Sekolah Agama Rakyat

 


WALAUPUN Sering difitnah mahu menindas orang Melayu dan agama Islam, Kerajaan Pulau Pinang terus membuktikan bahawa dakwaan itu tidak berasas.

Minggu lalu, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Tuan Chow Kon Yeow menyampaikan inisiatif Bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) berjumlah RM3,170,138 kepada 333 institusi pendidikan Islam di negeri itu.

Pemberian insentif tersebut adalah bagi membantu pihak sekolah menyediakan ekosistem yang lebih baik sekali gus memangkin lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

“Walaupun bidang pendidikan adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Negeri masih melaksanakan apa yang terdaya dan sentiasa bersedia menjalinkan kerjasama baik dalam memastikan aspek penting ini sentiasa diberikan keutamaan.

“Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha memberikan yang terbaik tanpa meminggirkan mana-mana golongan atau kelompok kerana kita semua perlu memainkan peranan masing-masing dalam menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negeri.

“Justeru, komitmen dan langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memartabatkan bidang pendidikan termasuk institusi pendidikan Islam adalah sangat bertepatan, selaras dengan Visi Penang2030 untuk membina masa depan Pulau Pinang yang lebih baik,” katanya pada Majlis penyampaian bantuan itu di Bayang Lepas.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Zulkifli Rashid; Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato’ Roslan Ahmad dan Ketua Pengarah Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Dato’ Amran Hazali.

Pada majlis itu jug, Chow turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM302,500 kepada 605 huffaz Al-Quran dan Ilmu Hadis di negeri ini yang mana masing-masing akan menerima RM500.

“Semoga dengan sedikit insentif ini akan dapat membangkitkan semangat para huffaz untuk mengekalkan kepakaran serta kecemerlangan yang cukup baik ini.

DAP sering ditohmah tindas orang Melayu - Islam
“Malah, saya juga dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) sedang melaksanakan program Iltizam Huffaz iaitu kelas persediaan khas untuk pelajar tahfiz bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Oleh itu, Kerajaan Negeri mencadangkan agar para huffaz dapat meneroka potensi ini yang dijalankan secara percuma oleh YIPP dengan bantuan ZPP sebagai salah satu nilai tambah positif untuk kemajuan diri dan institusi pendidikan Islam secara keseluruhannya,” serunya.

Beliau turut memaklumkan pada tahun 2023, sebanyak RM3,500,138 telah diperuntukkan untuk tujuan yang sama.

“Kerajaan Negeri berharap proses penyampaian bantuan ini dapat dipercepatkan pada tahun hadapan,” ujarnya dipetik.

Post a Comment

0 Comments