Menteri buat lawatan mengejut lepas dengar rungutan pengguna


RUNGUTAN orang awam berhubung ketidakselesaan di ruang menunggu perkhidmatan e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini akhirnya mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Semalam, Ahli Parlimen Seremban itu bersama pegawai kementerian melakukan pemeriksaan mengejut hab pengangkutan awam di tingkat 1 bangunan terminal itu.
 
Menerusi hantaran Facebooknya, Loke berkata, beliau mendapati ada beberapa kelemahan terutama di ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki pada kadar segera.
 
“Antara masalah dikesan termasuk lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang mana ia boleh membahayakan pengguna.

“Saya difahamkan, pihak pengurusan melantik kontaktor dan kerja menaiktaraf akan dijalankan pada hujung bulan depan,” katanya sebelum majlis pelancaran 'Fixed Fare Midnight Flight' anjuran AirAsia.

Beliau sementara itu turut mendapati, sistem pencahayaan di ruang hab tersebut juga perlu ditambah baik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang.

"Semua pemegang taruh diminta untuk sentiasa berusaha menambah baik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang berkenaan," tambahnya.

BACA: Sebulan tukar k'jaan, masalah di stesen LRT hampir diselesaikan

Anthony, Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini meraih banyak pujian dari orang awam susulan beberapa tindakan dilakukannya memberi kesan baik kepada sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Kurang sebulan dilantik semula sebagai anggota kabinet kerajaan, beliau telah berjaya memastikan banyak masalah fasiliti di stesen Transit Aliran Ringan (LRT),Transit Aliran Massa (MRT) dapat diselesaikan.

Perkongsian Loke ke hub pengungutan awam di KLIA2 itu semalam mendapat pujian warganet.

Tindakan Anthony Loke sering dipuji ramai
"Terbaik yb Anthony Loke Siew Fook..cukup bekerja keras utk kebaikan rakyat, terus turun sendiri ke bawah dan selesaikan masalah. Inilah pemimpin yg rakyat mahu," kata Zulkiflee Othman.

Siti Nurul Ain pula mengucapkan terima kasih kepada Loke atas kerja kerasnya dengan berkata "hanya satu bulan, beliau telah selesaikan banyak perkara.... Alhamdulilah.. Terima kasih tuan.

"Anda adalah Menteri Pengangkutan terbaik yang pernah kami miliki..!! Terbaik YB," kata Iwan Jefry pula.

Post a Comment

0 Comments