Sebulan tukar k'jaan, masalah di stesen LRT hampir diselesaikan


KURANG sebulan dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke telah berjaya memastikan masalah fasiliti di stesen Transit Aliran Ringan (LRT),Transit Aliran Massa (MRT) diselesaikan.

Rapid Rail Sdn Bhd melalui laporan media hari ini memaklumkan kerja-kerja pembaikan kerosakan dan naik taraf fasiliti di stesen LRT, MRT dan monorel di sekitar Lembah Klang telah dimulakan dengan ketersediaan operasi lif di semua stesen kini berada pada tahap 99 peratus.

Manakala 10 eskalator di 10 stesen MRT yang rosak sebelum ini telah selesai dibaiki.

"Prasarana Malaysia Berhad turut menambah 18 unit lif dan 39 unit lif platform kerusi roda di stesen monorel bagi memenuhi keperluan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

"Setakat 15 Disember lalu, proses penggantian 20 unit 'handrail' dan tiga unit 'stepchain' di 10 stesen MRT telah disiapkan dan eskalator di stesen-stesen berkenaan telah kembali beroperasi.

Pada 8 Disember lalu, Anthony Loke semasa lawatan kerja ke Prasarana memaklumkan, semua lif di 16 stesen monorel sekitar Lembah Klang tidak berfungsi.

Sementara sebanyak 46 daripada 706 eskalator pula didapati tidak berfungsi.

Beliau yang memetik laporan audit turut memaklumkan dari aspek pencahayaan sebanyak 664 lampu tidak berfungsi, 17 loksi pula dikesan mengalami kebocoran.

Beliau tidak berpuas hati dengan masalah dibangkitkan segera mengarahkan usaha dilakukan untuk membaiki dan mengganti kemudahan yang rosak.

Sementara itu Rapid Rail dipetik laporan media menambah ada antara kerja-kerja menaik taraf fasiliti lif di monorel memerlukan penambahbaikan dari segi struktur dan juga melibatkan beberapa isu keselamatan yang perlu dibaiki.

Justeru projek naik taraf akan bermula pada suku pertama tahun 2023 dan memerlukan masa selama 18 bulan untuk disiapkan.

Mereka turut memberitahu, proses pembaikan di 22 lokasi kebocoran telah dilakukan dan pemantauan keberkesanan kerja-kerja baik pulih sedang dilaksanakan.


Menteri sering menyamar untuk lihat sendiri masalah
Mengenai sistem pencahayaan di stesen pula, mereka memaklumkan  kerja-kerja membaik pulih sistem pendawaian dan penggantian mentol yang bermasalah di stesen-stesen telah hampir selesai.


"Baki lampu yang masih tidak berfungsi merupakan kerosakan baru dan penggantian segera akan dilakukan," katanya mereka. 

Post a Comment

0 Comments