PM arah henti anjur majlis besar bagi elak pembaziran


AGENSI
kerajaan digesa menghentikan penganjuran majlis besar-besaran yang gah dan meriah untuk mengelak pembaziran perbelanjaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya amalan itu dapat dihentikan, hasil penjimatan itu dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan terutama rakyat miskin.

“Ada jabatan-jabatan umpamanya, tiap kali majlis atau perayaan, akan ada pakaian baharu, batik baharu dan beberapa persiapan baharu.

“Tiap agensi perlu mengurangkan pembaziran, menghentikan pembaziran. Mengurangkan acara-acara yang meriah dan megah.

"Saya katakan, kita akan hentikan amalan ini,” katanya.

Anwar sebelumnya merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami.

Sementara itu tambahnya, sekiranya ada keperluan untuk pembelian pakaian baharu bagi sebarang majlis yang mahu diadakan, ia boleh dilakukan, namun khusus untuk diedarkan kepada kakitangan gred rendah sahaja.

“Kalau nak bagi, sediakan kepada yang miskin, pekerja gred rendah atau golongan B40. Jangan beri kepada saya, menteri dan ketua setiausaha,” jelasnya.

Sementara itu Anwar mengalakkan lebih banyak majlis bersama masyarakat yang dianjurkan agensi kerajaan dibuat dikawasan terbuka dan bukan dewan besar,

Langkah itu menurut Anwar supaya peniaga-peniaga kecil turut akan menerima manfaat dari program yang dianjurkan

"Biarlah untuk sebilangan (majlis) sahaja buat di dewan besar, namun majlis-majlis tertentu seperti yang libatkan penjaja sebegini biarlah dibuat di kawasan penjaja berniaga.

Usaha Anwar untuk mereformasi agensi kerajaan
"Contohnya seperti di kawasan pinggir bandar supaya kawasan itu dibanjiri orang ramai dalam beberapa hari dan perniagaan mereka juga turut maju," ujarnya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan yang diketuainya akan memastikan dana yang disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil semuanya sampai kepada kumpulan sasar

Post a Comment

0 Comments