PENYOKONG
tegar PAS Terengganu dijangka tidak akan menghukum “kesilapan” dilakukan
Ahmad Samsuri Mokhtar yang 'hilang' ketika negeri itu dilanda bah besar
awal minggu ini, kata seorang penganalisis politik.
Prof. Dr
Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia dipetik laporan
media berkata, walaupun Menteri Besar itu dikecam ramai kerana bercuti
di luar negara ketika banjir, namun dia akan tetap selamat pilihan raya
akan datang kerana penyokong parti itu diketahui 'taat' kepada pemimpin.
Pandangan sama turut disetujui Prof Madya Dr Azmi Hassan di
Akademi Nusantara yang malah percaya PAS tidak akan terkesan dengan
kesilapan Naib Presidennya itu.
“Pengundi PAS tetap akan mengundi PAS,” katanya dipetik laporan FMT.
Ahmad Samsuri sebelum ini didakwa berada di New Zealand untuk bercuti bersama keluarganya.
Pengerusi
Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin kemudian mengkritik Ahmad
Samsuri dengan mempersoalkan mengapa dia meneruskan percutian ketika
kawasan Pantai Timur sudah diramal akan berdepan banjir.
Lebih teruk Ahmad Samsuri jelasnya tidak bertindak pulang segera ke Terengganu susulan keadaan banjir yang semakin teruk.
“Kita
dah tahu banjir kali ni akan jadi lebih teruk, dah ramal dah luar biasa
dan semua pegawai kanan kerajaan cuti mereka dibeku tetapi menteri
besar, ketua kerajaan negeri macam mana dia boleh ke Auckland.
“Bukan
jauh sangat New Zealand balik ke Malaysia, boleh je pendekkan lawatan
dan ambil penerbangan balik terus. Hanya mahu dengan tidak saja,”
katanya.
Ketiadaan ADUN Rhu Rendang itu juga dikritik warganet.
Facebook Ahmad Samsuri penuh dengan pertanyaanyang mahu tahu di mana
beliau berada.
BACA: Banjir di Terengganu makin teruk, tapi dimana MB?
Sementara itu Ahmad Fauzi menegaskan Ahmad Samsuri yang merupakan Pengerusi Pengurusan Bencana Neger segera membuat permohonan maaf dari rakyat Terengganu kerana membiarkan agensi kerajaan menghadapi bencana tanpa kehadiran beliau.
![]() |
Samsuri wajar mohon maaf kepada rakyat T'ganu |
“Memang betul menteri besar ada atau tidak, Exco dan agensi yang turun, tetapi dari segi moral dan prinsip seharusnya MB tidak keluar Malaysia,” katanya.
0 Comments