Banjir di Terengganu makin teruk, tapi dimana MB?

 


SEORANG bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, mendakwa Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar sedang bercuti bersama keluarga di Auckland, New Zealand ketika banjir besar melanda negeri di bawah pentadbirannya.

Melalui siaran di media sosialnya, Lokman Noor Adam mendakwa Ahmad Samsuri dan isterinya berlepas ke Auckland pada 11 Dis lalu dan hanya dijangka pulang esok (22 Dis).

Lokman mendakwa mempunyai maklumat terperinci berhubung percutian Ahmad Samsuri di Aucland termasuk resit kereta sewanya turut mempersoalkan mengapa naib Presiden PAS itu tidak memendekkan tempoh percutiannya untuk segera pulang.

Amat menyedihkan. Kami semak tadi (malam tadi) sama ada, ada pertukaran jadual penerbangan... 22 Dis nanti baru dia balik.

"Jadual penerbangan (untuk Ahmad Samsuri) tidak ada perubahan.

"Maknanya, bulan madu dengan isteri dia itu lebih penting daripada (penderitaan rakyat) ...Ini amat menyedihkan,” kata Lokman.

Harian Metro dalam laporannya pagi tadi berkata, keadaan banjir di Terengganu semakin meruncing apabila seramai 40,456 mangsa berada di 299 pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya seramai 39,500 mangsa di 299 PPS, malam tadi.

Selain Lokman, warganet turut mempersoalkan kelibat menteri besar negeri itu yang tidak kelihatan di kawasan terjejas.

Ruang komen di Facebook Ahmad Samsuri Mokhtar penuh dengan pertanyaan daripada pengguna yang mahu tahu di mana beliau ketika ini.

“MB di mana? Ramai tengah cari MB ni,” kata Wen Surry Hill.

“Tak nampak muka MB… bercuti luar negara ke?” tanya Azreen Mohamed pula.

 
Ketika banyak pihak mempersoalkan keberadaan Samsuri, seorang Exco kerajaan negeri mempertahankan ADUN Rhu Rendang itu dengan berkata ketiadaan pengerusi pengurusan bencana negeri tidak menimbulkan sebarang itu.

Samsuri didakwa sedang bercuti di luar negara
Kerajaan Terengganu berpendapat, tidak timbul apa-apa isu berhubung cara pengurusan banjir di negeri itu dijalankan walaupun Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar tiada.

Hanafiah Mat berkata dia sangat berpuas hati dengan semua pihak membantu mangsa banjir di negeri tersebut.

Post a Comment

0 Comments