Dr Sathia nafi khabar angin jadi calon DUN Rawang pada PRN Selangor


PENGASAS
rangkaian klinik Kumpulan SP Care, Dr Sathia Prakash Nadarajan menafikan satu laporan media bahawa beliau akan bertanding di DUN Rawang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dipetik laporan Malaysiakini, Dr Sathia yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN berkata, setakat ini tiada sebarang keputusan mengenai calon telah diputuskan.

"Tiada sebarang pengumuman rasmi setakat ini mengenai nama calon yang bertanding di PRN.

"Laporan itu tidak tepat. Sebarang keputusan rasmi akan diambil oleh pucuk pimpinan parti yang dipengerusikan oleh presiden," katanya menurut laporan itu.

Terdahulu, akhbar berbahasa Cina,Sin Chew melaporkan Dr Sathia berniat bertanding di Rawang bagi mengantikan penyandangnya Chua Wei Kiat.

Dakwaan itu susulan Sathia yang juga Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor dikatakan sering kelihatan di Pekan Rawang.
 
"Seperti kita tahu, Rawang adalah sebuah kawasan terletak di sempadan Hulu Selangor.

Dr Sathia nafi khabar angin oleh media
"Selain itu saya juga mempunyai klinik di Rawang," kata doktor perubatan itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Dr Sathia bertanding di kerusi parlimen Hulu Selangor namun tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Hasnizan Harun dengan majoriti tipis 1,562 undi dalam pertarungan enam penjuru.
 

Post a Comment

0 Comments