Tiga Setiausaha Politik PM angkat sumpah


TIGA Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini.

Upacara angkat sumpah di hadapan Anwar dan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali itu diadakan pagi tadi di Jabatan Perdana Menteri dengan didahului Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin yang dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan.

Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ialah bekas Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.

"Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk," kata Anwar melalui perkongsian di laman Facebooknya.

Shamsul merupakan wakil rakyat Hang Tuah Jaya dan Bukit Katil dari 2013 hingga 2022, bekas imbalan menteri industri utama itu bertanding di Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, namun tewas kepada penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Acara diadakan di Jabatan Perdana Menteri
Ming Kai pula merupakan ADUN Simpang Pulai (2008-2013), ADUN Indera Kayangan (2013-2018), dan kemudian mewakili rakyat Alor Setar dari 2018 hingga 2022.


Perdana Menteri mempunyai kuota 5 orang Setiausaha Politik namun Anwar memilih untuk hanya mengisi 3 tempat sahaja dan memadai untuk tugasan sebagai pembantu beliau.

Post a Comment

0 Comments