Nazri Aziz jawab serangan terbahru Tun M pada Anwar

 


MANTAN Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz menyanggah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperlekeh kemampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara.

Nazri yang dipetik laporan Awani menasihatkan Tun Dr Mahathir agar berhenti bermain politik dan seharusnya memberi peluang kepada Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menggalas tanggungjawabnya mengemudi negara.

"Masa beliau sudah berlalu. Cukup-cukup lah, beri peluang kepada Anwar untuk memimpin dan memulihkan ekonomi negara.

"Apa lagi beliau (Mahathir) mahu? Sudah kalah teruk dan hilang deposit di Langkawi baru-baru ini. Semua calon parti dia kalah dan hilang deposit, sudahlah, cukup. Bantu pemimpin muda pulihkan ekonomi negara," katanya.

Dr Mahathir dalam temu bual eksklusif dengan Berita Harian baru-baru ini menyatakan kebimbangannya mengenai kemampuan Anwar untuk berdepan krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan pasca pandemik.

Kata Dr Mahathir, ketika Anwar dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri pada 1997, gagal mencari jalan penyelesaian apabila krisis kewangan melanda.
 
Bagaimanapun Nazri membidas kenyataan Dr Mahathir itu dengan mendedahkan biarpun ketika itu Mahatir bercuti, namun dia masih mengawal pentadbiran dengan Anwar tidak diberi kuasa.
 
"Saya timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu dan bercakap dengan Anwar, beliau tidak mempunyai kuasa biarpun ditugaskan sebagai pemangku perdana menteri.

"Benar Dr Mahathir bercuti di luar negara, tetapi beliau tetap mengawal pentadbiran negara dan bukannya memberi kuasa kepada orang lain.

"Semua orang tahu dan anggap Dr Mahathir sebagai diktator, beliau tidak akan beri kuasa kepada orang lain, cakap 'beri kuasa' itu semua menipu.

"Jadi macam mana Anwar mahu selesaikan masalah kalau tidak diberi kuasa, masih dikawal pihak lain?" kata Nazri.

BACA:
Tun M serang Anwar supaya nampak masih releven - James Chin

Mengulas lanjut mengenai serangan terbaharu Mahathir itu, Nazri mempersoal sikap bekas Pengerusi parti Pejuang itu yang menganggap semua orang tidak betul dengan hanya dia sahaja yang tahu mentadbir dan memerintah.

Nazri minta Tun M henti serang Anwar
"Anwar baru sebulan lebih jadi Perdana Menteri, jangan cepat sangat nak buat penilaian, bagi lah sedikit masa untuk beliau buktikan.

"Apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir terhadap Anwar tidak penting buat masa ini kerana Perdana Menteri mempunyai tugas besar memimpin dan memulihkan ekonomi negara," tegas Nazri.

Post a Comment

0 Comments