BEKAS Timbalan Menteri Kerja Raya, Railey Jeffrey, dilapor meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya dekat sini, petang semalam.
Berita kematian bekas Ahli Parlimen Silam berusia 75 tahun itu dimaklumkan adiknya, Kemley Jeffrey, menerusi satu hantaran di Facebook.
Melalui hantaran itu, Kemley meminta semua pihak mendoakan semoga roh arwah ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.
Berita kematian Railey turut disahkan bekas pengerusi Persatuan Etnik Cocos Sabah (PECOS) cawangan Lahad Datu Ishak Harry, 74.
“Allahyarham merupakan rakan saya dari kecil kerana kami tinggal berjiran di Kampung Segama.
“Allahyarham, sesungguhnya seorang sahabat serta pemimpin yang baik hati dan jujur,” katanya.
Difahamkan, jenazah Railey akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
![]() |
Allahyarham Railey berusia 75 tahun |
Pada tempoh itu, beliau merupakan Ahli Parlimen Silam daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang kemudian menyertai UMNO pada 1991.
0 Comments