Skandal daging haram robek reputasi institusi kerajaan - Anwar

 


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kerajaan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna segera mengambil tindakan dalam isu pemalsuan logo halal daging import.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu melalui satu kenyataan berkata, siasatan perlu dijalankan termasuk kepada kakitangan kerajaan yang didakwa terlibat dalam sindiket tersebut dan individu bertanggungjawab perlu diheret segera jke muka pengadilan.

“Skandal ini ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi itu yang diamanahkan memulia dan meningkatkan darjat Islam.

"Meski dikurniakan peruntukan yang bukan kecil hampir setiap tahun, namun skandal ini telah merosakkan kepercayaan umum kepada institusi tersebut.

“Ini ternyata satu kegiatan yang tidak bermoral tatkala kita harus pertingkatkan segala usaha dan upaya dalam memerangi rasuah dan kebobrokan.

"Saya menggesa kebobrokan seperti ini dihentikan. Saya juga mendesak kerajaan dan kementerian untuk segera menjalankan siasatan rapi, cekap, dan telus serta mengheret dalang ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar turut menyelar sikap kakitangan yang terbabit dengan sindiket itu.

kakitangan kerajaan ini mudah dibeli sekali gus mengabaikan tanggungjawab kepada negara dan rakyat,” katanya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal.

 Anwar gesa tindakan segera dari kerajaan
Kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula dan dijual ke pasaran tempatan.

Pegawai dalam agensi kerajaan terbabit didakwa menerima pelbagai jenis habuan termasuk wang dan khidmat bagi membolehkan kartel tersebut beroperasi mengimport daging-daging berkenaan. 

Post a Comment

0 Comments