GOLONGAN usahawan di negeri Selangor akan terus menerima dorongan Kerajaan Negeri menerusi pelbagai insiatif ke arah meningkatkan produktiviti mereka.
Bagi tujuan itu, Exco Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail mengesa golongan terbabit menetapkan azam untuk maju dan bersedia keluar dari zon selesa dan mengambil peluang mencuba potensi baharu.
“Terlalu lama dalam zon selesa akan membuatkan kita cepat berpuas hati dan leka malah lambat untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi.
“Tetapkan sasaran tahun ini untuk lebih maju ke hadapan dan bersedia mengambil peluang mencuba perkara baharu dengan keluar dari zon selesa,” katanya dalam satu muat naik di laman Facebook.
Beliau sebelumnya mengulas penganjuran Latihan Strategi Menang 2023 anjuran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) di Shah Alam yang dihadiri 97 peserta.
Sementara itu Rodziah turut berkata, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan Kerajaan Selangor bagi meningkatkan produktiviti pemasaran dan hasil jualan usahawan mikro di negeri ini.
Antaranya termasuk program latihan, peningkatan pembungkusan produk dan promosi produk usahawan mikro dalam usaha memperkasa golongan usahawan.
Selain itu, kerjasama antara agensi persekutuan, negeri dan swasta turut dilaksana bagi membantu program latihan serta promosi produk usahawan Selangor di dalam dan luar negara.
Bagi tujuan itu, Exco Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail mengesa golongan terbabit menetapkan azam untuk maju dan bersedia keluar dari zon selesa dan mengambil peluang mencuba potensi baharu.
“Terlalu lama dalam zon selesa akan membuatkan kita cepat berpuas hati dan leka malah lambat untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi.
“Tetapkan sasaran tahun ini untuk lebih maju ke hadapan dan bersedia mengambil peluang mencuba perkara baharu dengan keluar dari zon selesa,” katanya dalam satu muat naik di laman Facebook.
Beliau sebelumnya mengulas penganjuran Latihan Strategi Menang 2023 anjuran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) di Shah Alam yang dihadiri 97 peserta.
Sementara itu Rodziah turut berkata, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan Kerajaan Selangor bagi meningkatkan produktiviti pemasaran dan hasil jualan usahawan mikro di negeri ini.
K'jaan negeri terus dorong usahawan Selangor |

0 Comments