KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan berusaha mengatasi isu kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac depan, Kata Menterinya, Fadhlina Sidek.
Becakap pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Kasih Anak Terkesan COVID-19 Sarawak di SMK Batu Kawa di Kuching pada Sabtu, Fadhlina berkata pihaknya akan cuba mengisi 50 peratus daripada anggaran 3,000 guru yang diperlukan.
"Kita (Kementerian Pendidikan) akan cuba selesaikan dalam 50 peratus kekosongan dahulu kerana isu penempatan guru ini bukan sahaja di Sarawak, tetapi negeri lain harus kita selesaikan juga," ujarnya.
Mengulas lanjut Fadhlina berkata, Jabatan Pendidikan Negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak bagi memantau rapat isu tersebut sekaligus mengatasi kekurangan guru.
Setakat ini Kementerian jelasnya masih menggunakan dasar 90:10 iaitu nisbah guru Sarawak dan bukan dari Sarawak di negeri ini.
Dalam sidang media sama, Ketua Wanita KEADILAN itu turut menyentuh isu kemudahan atau fasiliti sekolah di Malaysia Timur.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa secara peribadi amat mengambil serius perkara terbabit yang menjadi antara tujuh teras utama KPM.
"Sebut sahaja pembangunan sekolah usang di Sabah dan Sarawak, ia akan diberi perhatian sepenuhnya.
KPM pandang serius isu kekurangan guru |
Sebagai rekod, pada 26 Januari lalu, Fadhlina berkata usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan persekutuan dalam pembentangan Belanjawan 2023.
Beliau berjanji akan meneliti peruntukan yang dicadangkan dalam Belanjawan bagi usaha baik pulih dan pembangunan itu.
0 Comments