SEBUAH pasukan khas ditubuhkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
(KPKT) akan meneliti setiap projek perumahan sakit dan terbengkalai di
seluruh negara.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pasukan khas
diketuai Timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir itu akan bertindak
mencari inisiatif bagi menyelamatkan projek-projek berkenaan bagi
memastikan kebajikan dan hak pembeli terjamin.
“Kementerian
telah mengesan sebanyak 550 projek sakit dan terbengkalai di seluruh
negara setakat ini dan kita dalam proses mengenal pasti masalah-masalah
dengan pemaju dan kontraktor,” katanya.
Ahli Parlimen Teluk Intan itu sebelumnya hadir pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi Kepayang Ipoh pada Sabtu.
Turut
berlangsung adalah upacara menandatangani dokumen persefahaman antara
Perbadanan PR1MA dengan Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad
(Co-opbank Pertama) bagi Skim Rumah CBP MyPR1MA.
Kerjasama itu
adalah sebahagian daripada usaha menyokong inisiatif KPKT di bawah Skim
Rumah Pertamaku bagi memudah cara pembiayaan perumahan untuk rakyat yang
memerlukan.
KPKT serius mahu selesai isu perumahan |
“Dalam tempoh 100 hari pertama KPKT sasar siapkan hampir 5,000 unit rumah mampu milik termasuk residensi ini dan banyak di negeri lain. Kita yakin dapat siapkan projek yang belum siap dalam tempoh ini,” katanya
0 Comments