Penyatuan fiskal mesti jadi agenda jayakan 'Malaysia Madani' - Ideas


HALA TUJU baharu negara bertemakan 'Membangun Malaysia Madani' diperkenal Perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim penting bagi tujuan pertumbuhan serta mengurangkan jurang ketidaksamaan.

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) melalui satu kenyataan berkata, visi dibawakan itu memberi penekanan terhadap usaha pembasmian kemiskinan, pertumbuhan mampan dan sokongan lanjut untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Walau bagaimanapun jelas mereka, penekanan turut perlu diberikan kepada usaha penyatuan fiskal dalam jangka masa sederhana.

"IDEAS percaya usaha penyatuan fiskal adalah penting memandangkan impak pandemik yang tidak seimbang terhadap golongan rentan sedia ada.

"Sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada golongan rentan secara tidak seimbang, khususnya ketika krisis," kata Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau turut merujuk peningkatan hutang negara kepada RM1.5 trilion yang memerlukan kerajaan untuk melaksanakan satu bentuk penyatuan fiskal bagi mengelak defisit berlebihan dalam jangka panjang serta mendapatkan kedudukan belanjawan yang mampan.

"Bagi menyokong proses ini, satu bentuk rasionalisasi subsidi berpandukan dapatan bukti serta data terkini dijalankan dalam memastikan subsidi bersasar kepada penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan dan terjejas," katanya.

Dalam jangka panjang, beliau berkata kerajaan perlu komited kepada Akta Tanggungjawab Fiskal untuk memperkukuh disiplin kewangannya dan memupuk kemampanan fiskal.

Selain itu, IDEAS juga menantikan pembentangan semula Belanjawan 2023 yang dijadualkan pada 24 Februari 2023 bagi melihat bagaimana tema 'Membangun Malaysia Madani' dicerminkan dalam dokumen dasar penting pertama kerajaan baharu yang turut menetapkan keutamaannya bagi tahun ini.


Kemampanan fisikal perlu diberi perhatian
Sebagai rekod, pada Jumaat, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan keyakinan kedudukan fiskal Malaysia akan bertambah baik apabila kerajaan beralih kepada subsidi bersasar.


Bercakap pada Syarahan Parlimen Siri 1.0 Memulihkan Ekonomi Malaysia di Kuala Lumpur, beliau menegaskan bahawa subsidi telah dimulakan dengan niat yang baik.

Namun sekiranya tidak diurus dengan berhati-hati, ia dengan mudah akan menelan antara 30-40 peratus daripada bajet operasi kita setiap tahun.

Sehubungan itu jelasnya, kerajaan perlu menguruskan antara jangkaan orang ramai mengenai harga, selain tidak terlalu teruja untuk mengekalkan harga rendah secara bukan proses konvensional.




Post a Comment

0 Comments