HARAPAN Johor turun bantu menangkan calon PRN Melaka




PARTI politik dalam gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor akan memberi bantuan sepenuhnya kepada kempen parti berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, Aminolhuda Hassan dengan berkata bahawa perkara itu telah diputuskan menerusi perbincangan bersama pimpinan komponen parti Johor pada Isnin lalu.

Perkembangan it menyusul pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pilihan raya akan tetap dijalankan dengan tarikh pembuangan undi bagi tetapkan pada 20 November 2021.

“Justeru, sebagai negeri yang bersebelahan, HARAPAN Johor telah membuat ketetapan untuk memberikan sepenuh tenaga petugas parti bagi membantu kemenangan calon-calon PH di Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

HARAPAN Johor menurutnya lagi bersedia untuk bekerjasama dalam apa jua perancangan yang ditetapkan dalam mencapai sasaran untuk memastikan kemenangan besar calon-calon gabungan itu di Melaka.
 
PRN Melaka diumumkan berikutan kemelut politik di negeri berkenaan apabila menyaksikan empat ADUN Kerajaan mengambil keputusan menarik sokongan ke atas pentadbiran Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, pada 4 Oktober lalu.

SPR menetapkan tempoh berkempen bagi PRN Melaka selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

Dalam pada itu, Aminolhuda berkata, melihat kesan daripada apa yang berlaku di Melaka, pimpinan parti di negeri ini bagaimanapun masih kekal dengan situasi kerajaan kini bahawa tumpuan bagi memastikan rakyat sentiasa didahulukan.

Kemelut di Melaka berpunca dari masalah UMNO


“Mengambil maklum situasi terkini politik negeri Melaka, HARAPAN Johor tetap berpandangan bahawa kestabilan politik dalam mentadbir negeri pada saat rakyat berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi sekarang ini tetap menjadi keutamaan berbanding perkara-perkara lain.


“Ketetapan kita masih begitu. Bagaimanapun, di bawah parti sama kita tetap akan membantu Melaka kerana nasi telah menjadi bubur, pertelagahan dalaman UMNO sendiri yang mengakibatkan DUN terbubar pada 4 Oktober lalu,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments