KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) digesa supaya memberi penjelasan berhubung strategi menyeluruh mengenai pelaksanaan pemberian dos ketiga dan suntikan penggalak Covid-19 untuk golongan memerlukan.
Gesaan itu disuarakan Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan (HARAPAN) susulan Kebanyakan daripada infeksi-infeksi baru ini adalah dari kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dengan kadar imunisasi yang berkurangan, ‘immunosuppression’, dan gejala kesihatan yang sedia ada.
"Atas fakta-fakta ini, kerajaan Persekutuan harus menetapkan kriteria dan strategi implementasi yang jelas untuk memastikan kelancaran terutamanya apabila dijangkakan 8.75 juta rakyat yang akan menerima dos ketiga atau dos penggalak ini.
"Program pelancaran haruslah dipelan dengan teratur, spesifik dan dikoordinasi dengan baik di kalangan semua yang terlibat termasuk Pengamal Perubatan Am swasta yang ditugas untuk mengendalikan suntikan penggalak bagi semua petugas barisan hadapan dan warga emas," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan sama, Jawatankuasa diketuai bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad itu menegaskan bahawa mereka menyokong keputusan kerajaan pusat untuk melancarkan dos ketiga dan suntikan penggalak Covid-19 untuk golongan yang layak itu.
“Namun begitu, kita harus berhati-hati dengan kenyataan rasmi Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) yang menyatakan bahawa belum terdapat penglibatan yang betul daripada Jabatan Kesihatan Negeri yang masih sepi dalam program dos ketiga dan suntikan penggalak ini.
"Ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita harus mempelajari daripada kesilapan lepas termasuk penglibatan Pengamal Am swasta pada minit-minit terakhir,” kata mereka lagi.
HARAPAN sokong usaha perangi Covid-19 |
- Jangka Masa yang jelas implementasi ke seluruh negara.
- Definisi dan kategori yang jelas kelayakan untuk dos ketiga dan suntikan penggalak.
- Strategi usaha mendidik kepentingan dos tambahan kepada semua yang layak dan memastikan tiada yang ketinggalan dalam program pelancaran ini.
- Melibatkan Pengamal Am di peringkat awal dan menyediakan strategi pelancaran yang jelas untuk memastikan program pelan dos ketiga dan vaksin penggalak ini adalah pantas dan efisien.
- Meluluskan vaksin heterologi dengan dos penggalak secepat mungkin, berdasarkan kepada data global yang nyata.
September lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, KKM sedang menyediakan garis panduan klinikal mengenai pelaksanaan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 yang akan memberi fokus kepada golongan berisiko tinggi berusia 60 tahun ke atas, serta mereka yang mempunyai komorbid serius.
0 Comments