INDIVIDU yang mempunyai rekod dan berakhlak buruk tidak sesuai dijadikan calon untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Rafizi Ramli.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu memberi peringatan kepada gabungan itu susulan empat ADUN di Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri sehingga menyebabkan pilihan raya terpaksa diadakan- ketika pendemik Covid-19 masih meresahkan rakyat di negara ini.
Beliau sebelumnya mendakwa menerima pesanan bertubi-tubi yang bimbang dengan tindakan mengalu-alukan beberapa individu yang disifatkannya sebagai “watak kontroversi” dalam menghadapi PRN Melaka.
“Watak-watak ini mempunyai rekod buruk, akhlak ADUN yang suka memaki hamun bukanlah jenis calon yang kita mahu tampilkan.
“Rakyat menjadi mangsa berdepan risiko wabak Covid-19 gara-gara perebutan kuasa dan kekayaan sesama pimpinan Umno/BN/PN.
“Menerima watak-watak yang dipandang serong oleh rakyat kerana tindakan tidak berprinsip mereka selama ini adalah satu kesilapan yang menghakis keyakinan rakyat. Janganlah ambil jalan singkat atas nama strategi,” kata Naib Presiden KEADILAN itu dalam catatan di Facebook dan Twitter.
PRN Melaka akan diadakan 20 Nov ini, selepas Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan 4 Okt lalu susulan tindakan Idris (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) menarik sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali.
HARAPAN digesa tak ambil jalan singkat |
Walau bagaimanapun warganet terutama penyokong gabungan itu dilihat kurang senang dengan kehadiran empat ADUN itu untuk bersama HARAPAN.
0 Comments