K'jaan perlu waspada dengan hasrat negara China


BEKAS Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub mahu kerajaan mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap minat yang disuarakan China dalam industri minyak sawit di Sabah.

Gesaan itu susulan hasrat dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi kepada Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan berhubung minat China untuk meneroka industri minyak sawit negeri itu semasa lawatannya pada 4 Jun lalu.

“Walaupun secara umumnya kemasukan pelabur asing ke negara kita harus digalakkan, hasrat China untuk melabur dalam industri sawit perlu dilihat daripada beberapa perspektif,” katanya Salahuddin dalam kenyataan.

Tambahnya, sejak 2011 hingga 2020, syarikat China telah membeli dan memajak hampir tujuh juta hektar tanah pertanian dan perlombongan di luar negara itu.

Pengalaman pelbagai negara seperti Sri Lanka, Tanzania dan Republik Demokratik Congo juga membuktikan pinjaman dan pelaburan secara besar-besaran daripada China yang gagal diurus dengan baik boleh berakhir dengan kehilangan aset, hartanah mahupun kedaulatan negara kepada China.

Tambahnya lagi, pemindahan milik tanah kepada negara luar akan mengancam kedaulatan sesebuah negara.

“Kedudukan Sabah yang strategik dalam perebutan pengaruh dan kuasa di Laut China Selatan (antara China dan kuasa Barat) juga menuntut kita lebih berhati-hati dalam menilai dan menerima setiap tawaran pelaburan daripada negara tersebut,” katanya.

Katanya, sikap berhati-hati ini juga dizahirkan apabila Indonesia menolak permintaan China untuk memiliki tanah pertanian dan perladangan di negara itu.

Teliti pengalaman negara lain terlebih dahulu
“Kerajaan mesti jelas dan tegas dalam mengambil pendekatan yang sama, iaitu terus meraikan dan mengekalkan hubungan dagang yang rapat hanya sebagai pembekal dan pengguna dengan China.

“Kedaulatan negara harus dipelihara daripada sebarang ancaman walaupun melibatkan soal pelaburan asing, hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments