SEORANG Zuraida Kamarudin, seorang lagi individu yang rapat dengan Mohamed Azmin Ali dikenakan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Displin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Tindakan terhadap Khalid Jaafar yang juga Ahli Majlis Pimpinan parti itu dibuat berikutan aduan disiplin yang diterima oleh lembaga tersebut.
Menurut surat ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Ahmad Kasim itu, Khalid dituduh telah memuat naik artikel yang menimbulkan sangkaan tidak baik kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan bekas calon atas tiket KEADILAN di Parlimen Hulu Selangor itu didakwa telah melanggar kod Tataetika Anggota perkara 10.22.
Walaupun artikel mana yang dirujuk kepada Lembaga Displin itu tidak dijelaskan, namun semakan mendapati Khalid dengan tidak berselindung mengkritik Anwar dengan menyarankan Ahli Parlimen Port Dickson itu bersara.
Gesaan Khalid yang dipetik dari Facebooknya itu dipetik dan dilapor oleh beberapa portal berita pada 18 Julai lalu susulan perang mulut antara Anwar dan Azmin susulan penularan klip rakaman seks songsang mirip Azmin yang diakui sendiri seorang individu dalam video berkenaan.
Susulan itu, Khalid diberi tempoh selama 14 hari untuk menjawab surat tersebut.
0 Comments