Anwar dan Kamal Haasan sama-sama lawan rasuah



AKTOR tersohor India, Kamal Haasan mencuri perhatian rakyat Malaysia susulan pertemuannya dengan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas pertemuan itu, nama seniman berusia 68 tahun turut trending di Twitter selepas Anwar  berkongsi di media sosialnya detik pertemuan mesra dengan seniman terbabit di satu lokasi yang tidak didedahkan di ibu negara.

“Saya akan hadir ke majlis tayangan premier filem terbarunya ‘Vikram’ pada 3 Jun ini di ibu negara,” katanya Anwar di hantaran media sosialnya.

Anwar turut mendedahkan pada pertemuan itu mereka  mengadakan diskusi yang panjang terutama mengenai sejarah India dan persoalan tatakelola yang baik, serta ketegasan terhadap rasuah.

Kamal yang telah memegang watak dalam lebih 230 filem Tamil, Telugu, Malayalam, Hindi, Kannada, and Bengali itu tiba di Kuala Lumpur bagi mempromosikan karya arahan Lokesh Kanagaraj.

Pelakon yang terkenal dengan sifat dermawan termasuk mengumpul dana untuk rumah anak yatim kanak-kanak yang terjejas HIV/Aids itu dijadualkan akan berlepas ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Hyderabad di Selatan India untuk tujuan sama.

Bukan sekadar seniman, Kamal juga pengasas parti politik, Makkal Needhi Maiam atau Pusat Keadilan Rakyat di negaranya.

Anwar bicara isu integriti dengan Kamal
Sementara itu dipetik laporan Malaysia dateline, rata-rata komentar menyukai pertemuan kedua-dua tokoh itu.

“Artis dan pelakon hebat macam Kamal pun nak tumpas rasuah, sokong inisiatif DSAI. Masyarakat Tamil dan Melayu telah hidup bersama selama berabad-abad.

“Perbezaan budaya adalah untuk bekerjasama, bukan untuk bergaduh,” tulis Abd Rahman AGaffoor.

Post a Comment

0 Comments