SEORANG penganalisis politik menolak andaian kononya keputusan pemilihan KEADILAN memberi isyarat akar umbi hilang keyakinan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata begitu dipetik laporan media susulan kemenangan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden parti itu.
Mengulas perkara itu, James Chin berpandangan bahawa kemenangan Rafizi dan mereka yang bersekutu rapat dengannya menunjukkan akar umbi berharap untuk meningkatkan peluang kemenangan parti itu dan sekutu mereka ketika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Keputusan itu jelasnya menunjukkan parti berkenaan berusaha untuk kekal kompetititf dalam PRU15.
dipetik laporan FMT.
Trdahulu seorang pemimpin Umno cuba menggunakan keputusan pemilihan untuk menyerang Anwar supaya Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu bersara awal dari dunia politik.
Dengan merujuk kemenangan Rafizi itu, Mohd Puad Zarkashi berkata Anwar bukan lagi poster boy atau calon PM yang boleh diharap.
Sedangkan Rafizi semasa program berani semuka dengan Saifuddin Nasution Ismail yang merupakan saingannya bagi jawatan itu menegaskan bahawa tiada kewajaran untuk menukar Anwar Ibrahim dengan menggantikannya dengan presiden baharu yang lain.
Beliau berkata Anwar memerlukan barisan kepemimpinan yang betul-betul dapat membantunya dengan nasihat dan idea.
Dengan ketangkasan pemimpin lebih muda dan kematangan politik Anwar jelasnya dapat dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa gagasan yang dibawa oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) dan KEADILAN bukan sahaja mencerminkan pengalaman, kematangan dan jiwa rakyat tetapi juga membawa serta menggarap idea dan kreativiti zaman ini.
Beliau ketika ditemu bual oleh portal Malaysiakini sebelumnya juga berkata bahawa masih percaya bahawa, Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri terbaik, buat HARAPAN ketika ini!Anwar masih berbisa dan dianggap calon PM terbaik
"Tidak kira apa yang orang katakan tentang Anwar, terutamanya tentang apa yang berlaku, dalam tempoh dua hingga tiga tahun lepas! Hakikatnya, dia masih kekal sebagai calon perdana menteri terbaik, untuk memimpin Pakatan Harapan, dalam pilihan raya umum akan datang!" kata Rafizi.
0 Comments