RAFIZI RAMLI, yang secara tidak rasmi memenangi jawatan timbalan presiden KEADILAN kini memikul tugas besar bagi menyatukan dan menstruktur semula parti itu, kata penganalisis.
James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania dipetik laporan FMT berkata, cabaran terbesar Rafizi adalah untuk menyatukan parti itu dan mendapatkan semula sokongan ahli yang menyokong Saifuddin dalam pemilihan parti yang berakhir baru-baru ini bagi memastikan parti itu berada dalam kedudukan lebih kukuh bagi menentang BN dalam PRU15.
Sementara itu, Saintis politik, Wong Chin Huat pula berkata Rafizi meyakinkan Presidennya, Anwar Ibrahim tentang kesetiaannya.
“Tidak cukup untuk beliau memenangi sokongan daripada akar umbi KEADILAN dan pengundi di luar HARAPAN jika beliau tidak boleh bekerjasama dengan pemimpin lain dalam KEADILAN dan pakatan pembangkang
"Rafizi mesti menguruskan kemenangannya dengan berhati-hati.
"Dia mesti segera berdamai dengan kem Saifuddin (Nasution Ismail), meyakinkan Anwar mengenai kesetiaannya dan mendekati parti-parti dalam Pakatan Harapan yang lain,"katanya.
Sementara itu kedua-dua mereka berkata walaupun Rafizi tidak sukakan pendekatan “khemah besar”, beliau perlu memberikan butiran cara untuk memulihkan semula parti itu terutamanya selepas kekalahan parti itu dalam PRN Melaka, Johor dan Sarawak.
Wong sementara itu turut berkata, Rafizi telah menetapkan "matlamat realistik" apabila menegaskan bahawa HARAPAN harus menumpukan tenaga untuk memenangi 80 kerusi, dan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum 2018.
Idea ini,jika diterjemahkan dalam strategi HARAPAN pada PRU15, boleh menarik lebih ramai penyokong pembangkang berbanding parti lain seperti Perikatan Nasional.
“Imej yang lebih berprinsip dan berorientasikan penyelesaian ini mungkin lebih menarik minat pengundi anti-establishment berbanding PN, khususnya PAS yang masih tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu memutuskan hubungan dengan Umno.
"Jika Rafizi dapat meyakinkan HARAPAN, tidak ada ruang untuk berunding dengan bukan sahaja PN, tetapi Pejuang dan Warisan, manakala Muda, yang merupakan pesaing berpotensi KEADILAN, mungkin perlu memutuskan sama ada untuk menyertai HARAPAN segera,” katanya.
Bagi Awang Azman Awang Pawi, keputusan pemilihan kali ini lebih berwarna warni daripada pandangan sikap dan pemikiran parti itu.
Kemenangan Rafizi jelasnya tidak akan membawa banyak perubahan kepada HARAPAN kerana gabungan itu bekerjasama secara konsensus.
Namun di dalam parti, beliau percaya akan melantik beberapa pemimpin yang tewas bagi jawatan tertentu sebagai "semak dan imbang" kepada Rafizi, seperti yang dilakukannya selepas pemilihan 2018.
"Sebagai presiden Anwar pasti akan memastikan semak dan imbang dalam kepimpinan melalui jawatan lantikan kepada Saifuddin dan Fahmi Fadzil misalnya untuk memastikan tiada yang terpinggir daripada pemilihan dan gandingan lebih mantap.Rafizi perlu buktikan kesetiaan kepada presiden
"Rafizi sendiri pernah dilantik ke dalam jawatan lantikan naib presiden selepas ditewaskan oleh Azmin Ali ketika pertandingan merebut jawatan timbalan presiden," kata Awang Azman, yang merupakan pensyarah Universiti Malaya.
0 Comments