AHLI PARLIMEN Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan sikap Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim yang dakwanya tidak serius bertemu wakil rakyat Kuala Lumpur berhubung isu banjir.
Dipetik laporan Malaysiakini, Lip Eng mendakwa, Shahidan “membisu” selepas beliau menyahut undangan untuk melihat beg pasir yang ditempatkan di lokasi tertentu di ibu negara sebagai langkah jangka masa pendek bagi menangani banjir.
Tambahnya, dia menerima undangan yang dibuat pada 5 Jun lalu tetapi sehingga hari ini belum pernah mendengar khabar daripada menteri itu.
"Mengapa lambat mahu jumpa wakil rakyat Kuala Lumpur? Kamu tidak serius mahu menyelesaikan isu ini?"
"Dia beritahu saya dia akan anjurkan satu mesyuarat dengan semua ahli parlimen sama ada pada Khamis atau Jumaat untuk membincangkan isu praktikal," katanya pada sidang media semalam.
Sementara itu tambahnya, beliau telah membuat lawatan tanpa diundang ke salah satu daripada 23 tapak yang berisiko tinggi dilanda banjir kilat - yang dikendalikan oleh 10 kakitangan DBKL.
"Apabila saya pergi ke sana, saya tidak tahu nak cakap apa," tegasnya ketika mengulas inisiatif dijalankan.
Lip Eng turut mempersoal hala tuju sebenar kerajaan dalam menyelesaikan isu banjir.
“Pada 2014, lapan tahun lalu, DBKL menghasilkan belon pertama mereka di Kampung Kasipillay di kawasan (kerusi) lama saya di Jalan Ipoh.
“Mereka buat belon. Jika ini berjaya, mereka akan buat lebih banyak lagi. Malangnya, ini gagal dan menyebabkan pembayar cukai terpaksa bayar RM120,000 bagi setiap belon,” katanya.
![]() |
Shahidan didakwa 'liat' jumpa wakil rakyat KL |
“Jika mereka mahu bina terowong pengurusan banjir baharu, apa jadi dengan Terowong Smart yang dijanjikan mampumenyelesaikan masalah banjir Kuala Lumpur 15 tahun lalu?” soal Lim dipetik laporan itu.
0 Comments