WAKIL RAKYAT Keranji Chong Zhemin menyifatkan laporan polis dibuat Perak Corporation Berhad (PCB) terhadapnya sekadar cubaan “menakut-nakutkan”.
Dipetik laporan media, Zhemin yang juga bekas pengarah anak syarikat dibawah kerajaan negeri Perak itu berkata ia merupakan tindak balas selepas beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengenai kecurigaan dalam syarikat itu pada Khamis lalu.
“Saya lihat tindakan PCB ini sebagai usaha menakut-nakutkan serta menyerang saya yang bersuara untuk melindungi kepentingan awam dan negeri.
“Oleh itu, saya akan beri kerjasama penuh kepada pihak polis selain memberi semua maklumat yang saya ada,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Zhemin membuat laporan polis terhadap PCB dengan mendakwa syarikat itu “menipu aset” kepada mahkamah apabila tidak menyenaraikan jumlah sebenar asetnya ketika memfailkan tindakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Julai 2020.
BACA: Wakil rakyat dakwa ada penipuan dalam anak syarikat k'jaan negeri
Penipuan itu dakwanya berlaku dalam skim penyusunan untuk pemiutang membabitkan aset kepunyaan syarikat itu.
![]() |
Zhemin sedia kongsi semua maklumat |
0 Comments