Menteri diingat kekal hubungan baik dengan penjawat awam


SEORANG penganalisis politik menggesa setiap menteri dalam Kerajaan Perpaduan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim  supaya sentiasa menjaga hubungan baik dengan penjawat awam yang berkhidmat di bawah mereka.

Dr Md Shukri Shuib dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak tersebut perlu diperkukuh.

Dengan cara itu jelasnya semua dasar atau polisi yang diperkenalkan menteri akan dijalankan dengan baik oleh kakitangan berkenaan.

“Bagi parti yang mentadbir negara tidak boleh sesekali untuk kelihatan tidak bersama dengan penjawat awam, sepatutnya semua parti poltik tidak boleh mengecam penjawat awam dan merendahkan mereka.

“Parti politik seharusnya memberi penekanan positif terhadap penjawat awam bahawa mereka banyak membantu negara dalam pengurusan pentadbiran,” katanya dalam program anjuran Sinar baru-baru ini.

Menteri mesti bersama penjawat awam
Hadir sama dalam program tersebut, Ahli Majlis Perundingan Pertanian Negara, Profesor Datin Fatimah Mohamed Arshad dan pemerhati politik, Iswardy Morny.

Tambah Md Shukri lagi, individu yang dilantik sebagai menteri juga mesti bersifat idealisme dan profesional bagi menjayakan khidmat kepada masyarakat.

Sekiranya tidak jelasnya, ia dibimbangi akan memudahkan berlakunya sebarang anasir pihak luar dalam kementerian.

Post a Comment

0 Comments