PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan bahawa Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20 peratus setiap bulan.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya, Anwar berkata keputusan itu dilaksanakan atas semangat keprihatinan anggota Kabinet terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.
Pelaksanaan potongan gaji itu akan dilaksanakan sehingga ekonomu negara pulih kembali.
“(Potong gaji) sehingga ekonomi pulih, mungkin tiga tahun kita akan kaji semula. Potong gaji ini memang tidak wajar, tetapi saya berterima kasih terhadap kesediaan mereka (menteri) melakukan sedikit pengorbanan," jelasnya.
Anwar semasa kempen pilihan raya berkata, beliau akan berusaha memastikan pemotongan gaji menteri, ia budaya politik baharu yang ingin diterapkan dalam pentadbirannya.
Tidak sekadar itu, Anwar turut berjanji tidak akan mengambil gaji sebagai perdana menteri, jika Pakatan Harapan (HARAPAN) membentuk kerajaan baharu.
Walaupun kerajaan hari ini merupakan Kerajaan Perpaduan hasil gabungan pelbagai parti, Anwar terus mengotakan janjinya.
![]() |
Pemotongan gaji isyarat keperihatinan k'jaan |
“Ada orang kata Anwar patutlah dia tak ambil gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, tak betul… gaji ini satu sahaja,” katanya.
0 Comments