PENTADBIRAN kerajaan perpaduan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya mempertimbang untuk memudahkan proses memulakan perniagaan kepada rakyat di negara ini.
Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak dipetik laporan Utusan berkata, langkah itu wajar bagi membuka ruang dan peluang kepada mereka yang tergolong dalam kalangan miskin untuk menyara kehidupan melalui aktiviti perniagaan sekaligus usaha membasmi kemiskinan di negara ini.
“Peluang pekerjaan melalui perniagaan kecil perlu dipermudahkan kepada mereka melalui apa sahaja skim pinjaman untuk membantu meneruskan kehidupan.
“Jadi permohonan memulakan perniagaan tidak perlu ketat sangat supaya ia dapat dipermudahkan, maka perlu tindakan segera untuk menangani isu ini dengan lebih serius lagi.
“Paling penting sekali adalah harga barang, ini yang amat memberi kesan kepada semua masyarakat apatah lagi golongan miskin mahupun miskin tegar. Harga barang perlu dikawal dan ditangani dengan sebaiknya,” katanya.
Menurut Halim, ketika ini syarat permohonan memulakan perniagaan terlalu ketat dengan syarat yang mungkin sukar untuk dipenuhi.
Kadar garis kemiskinan nasional di Malaysia ialah pendapatan bagi satu keluarga RM2,208 sebulan manakala bagi miskin tegar bawah RM1,169.
Malaysia merekodkan 434,197 Ketua Isi Rumah (KIR) tergolong dalam kelompok miskin dan miskin tegar dengan kehidupan kumpulan itu semakin tersepit apabila negara kini dilanda kenaikan kos sara hidup akibat inflasi.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 130,709 mewakili KIR berstatus miskin tegar manakala 303,488 lagi KIR berstatus miskin.
“Inilah masanya untuk menunaikan janji dan bekerja, dan bukannya sibuk lagi berpolitik. Fasa pilihan raya sudah habis, maka perlu bekerjasama untuk membangunkan ekonomi, dan bukannya sambung kempen politik.
“Ramai rakyat Malaysia terutamanya anak muda sudah matang, maka pemimpin politik perlu berubah, mesti menunjukkan kepimpinan yang lebih matang dan postif, bukan asyik dengan isu fitnah,” tegasnya.
Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak dipetik laporan Utusan berkata, langkah itu wajar bagi membuka ruang dan peluang kepada mereka yang tergolong dalam kalangan miskin untuk menyara kehidupan melalui aktiviti perniagaan sekaligus usaha membasmi kemiskinan di negara ini.
“Peluang pekerjaan melalui perniagaan kecil perlu dipermudahkan kepada mereka melalui apa sahaja skim pinjaman untuk membantu meneruskan kehidupan.
“Jadi permohonan memulakan perniagaan tidak perlu ketat sangat supaya ia dapat dipermudahkan, maka perlu tindakan segera untuk menangani isu ini dengan lebih serius lagi.
“Paling penting sekali adalah harga barang, ini yang amat memberi kesan kepada semua masyarakat apatah lagi golongan miskin mahupun miskin tegar. Harga barang perlu dikawal dan ditangani dengan sebaiknya,” katanya.
Menurut Halim, ketika ini syarat permohonan memulakan perniagaan terlalu ketat dengan syarat yang mungkin sukar untuk dipenuhi.
Kadar garis kemiskinan nasional di Malaysia ialah pendapatan bagi satu keluarga RM2,208 sebulan manakala bagi miskin tegar bawah RM1,169.
Malaysia merekodkan 434,197 Ketua Isi Rumah (KIR) tergolong dalam kelompok miskin dan miskin tegar dengan kehidupan kumpulan itu semakin tersepit apabila negara kini dilanda kenaikan kos sara hidup akibat inflasi.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 130,709 mewakili KIR berstatus miskin tegar manakala 303,488 lagi KIR berstatus miskin.
Buka ruang untuk rakyat mulakan perniagaan |

0 Comments