KEPUTUSAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik lima wanita sebagai menteri penuh dalam kerajaan diketuainya mendapat respon positif Majlis Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO)
Yang Dipertuanya, Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dipetik laporan sinar berkata, sungguhpun belum mencapai sasaran sebanyak 30 peratus, namun ia merupakan peningkatan hampir 18 peratus pemimpin wanita dalam jemaah menteri Kerajaan Perpaduan.
"Perdana Menteri telah menunjukkan kepekaan kepada permintaan wanita dan telah melantik mereka yang sangat berkaliber, berpengetahuan dan berkemahiran sebagai menteri yang menerajui portfolio masing-masing.
"Kami di NCWO tidak ragu-ragu menteri wanita yang baharu dilantik ini akan meningkatkan prestasi jemaah menteri dan kementerian yang dipimpin oleh mereka," katanya.
NCWO turut menyatakan rasa gembira dan teruja atas pelantikan muka baharu dalam kalangan menteri wanita yang turut diberi peluang mengetuai portfolio penting seperti pendidikan dan kesihatan.
"Pemilihan Hannah Yeoh selaku menteri Menteri Belia dan Sukan adalah tepat, meskipun ia tanggungjawab berat dan mencabar untuk pembangunan segmen penduduk yang dilihat amat penting," kata laporan itu.
Tambah Sharifah, NCWO meyambut baik pelantikan dua menteri wanita berpengalaman iaitu Datuk Seri Nancy Shukri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Datuk Seri Azlina Othman Said sebagai Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi.
"Selain itu, NCWO juga mengalu-alukan pelantikan Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar sebagai Menteri Agama kerana beliau banyak membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan syariah yang dihadapi golongan wanita.
"Secara keseluruhan mereka yang dipilih bukan sahaja berkaliber dan mempunyai track record amat baik, malah kami di NCWO berpuas hati dengan pilihan menteri yang inklusif daripada segi umur, etnisiti, gender dan wilayah.
"Selain itu, menteri lelaki yang dipilih juga memiliki track record dan prestasi amat baik serta inklusif daripada segi gender dan peka tentang keperluan wanita," katanya.
Justeru NCWO beriltizam akan bekerjasama dengan semua menteri untuk ke saksamaan gender, pembangunan wanita, keluarga, kanak-kanak dan masyarakat demi kemajuan negara.

PM peka kepada tuntutan wanita |

0 Comments