Demi masa depa negara, kita kena gerak kedepan - Hanss Isaac


SEMUA pihak digesa mengetepikan emosi berhubung isu Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Hans Isaac berkata, tidak mudah untuk Perdana Menteri membuat keputusan kerana kerajaan yang terbentuk adalah kerajaan perpaduan yang membabitkan parti-parti lain yang tidak berada dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini.  

Justeru semua pihak mesti menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan bergerak ke hadapan meneruskan agenda pembangunan negara.

"Saya tahu ramai yang tidak puas hati tetapi kita kena sedar ini adalah Kerajaan Perpaduan.

"Kalau sesebuah parti politik hendak bolot semua, itu bukan kerajaan gabungan namanya.

"Kita tidak boleh hendak atur semua perkara mengikut cara kita. Demi masa depan negara, kita kena bergerak ke hadapan dan ketepikan semua perkara yang membabitkan emosi," katanya dipetik BH Onlime.

Terdahulu beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk penyokongnya mengkritik barisan kabinet Anwar dengan mempersoalkan mengapa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri memandangkan Pengerusi Barisan Nasional itu masih berdepan kes mahkamah.

Biarkan kabinet jalankan tugas dahulu


Sebahagian pihak pula lebih bersikap neutral dengan pelantikan itu dan melihatnya sebagai langkah untuk menjamin kestabilan kerajaan agar usaha memastikan usaha memulihkan negara dari kesan kejatuhan ekonomi dapat dijalankan tanpa ancaman kerajaan akan bertukar.


Anwar sejak awal menegaskan pelantikan kabinet dibuat berdasakan keperluan, objektif dan merit, bukannya demi membalas kesetiaan.


Post a Comment

0 Comments