Henti semua bentuk diskriminasi terhadap OKU, kata PM


PERDANA MENTERI
, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa segala bentuk diskriminasi terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini diberhentikan.

Melalui satu kenyataan semalam, Ahli Parlimen Tambun itu berkata Kerajaan pimpinannya akan terus memperkasa golongan itu.

Melalui kebijaksanaan yang tuntas, Anwar berharap mereka diberi peluang menyumbang keringat serta buah fikiran dalam pelbagai lapangan di negara ini.

“Kerajaan Perpaduan pimpinan saya akan terus memberi fokus kepada usaha pemantapan dan pemerkasaan golongan OKU melalui kebijakan yang tuntas.

“Diskriminasi dalam pelbagai bidang terhadap golongan OKU mesti dihentikan dan sebaliknya kita mesti rangkul segala upaya yang ada untuk membela semua terutamanya golongan orang kurang upaya,” katanya sempena sambutan Hari OKU yang disambut pada 3 Disember.

K'jaan akan terus perkasakan golongan OKU
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, parti KEADILAN pimpinan Anwar Ibrahim mencalonkan Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) di Putrajaya.

Bekas Pensyarah kanan di Jabatan Parasitologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) itu mengalami kecacatan 'spina bifida' sejak kecil.

Beliau dikenali sebagai ahli akademik yang terkenal dengan perjuangannya membela golongan OKU.

Post a Comment

0 Comments