Majlis langgar SOP: Kenapa KJ tak bertindak serta merta?


SEORANG Ahli Parlimen mempersoalkan mengapa Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tidak mengambil tindakan segera bagi mencegah pelanggaran SOP pada sambutan meraikan kad laporan 100 hari kerajaan.

Chares Santiago (HARAPAN - Klang) melalui satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen Rembau itu telah menunjukkan contoh yang salah.

Beliau turut menyifatkan penguatkuasaan dijalankan pada majlis kerajaan itu tidak bersunggh-sungguh.

“Khairy Jamaluddin walaupun saya memuji anda kerana mengambil tindakan, tetapi anda telah meletakkan contoh yang salah.

"Sekarang semua orang akan mengadakan perhimpunan besar dan bayar RM1,000. Ini penguatkuasaan setengah hati.

"Mengapa anda tidak boleh menutup acara itu selepas menyaksikan kekacauan, dengan serta-merta," kata Charles.

Warganet sebelum ini mengkritik Majlis sambutan Hari Keluarga Malaysia di KLCC yang turut dihadiri pemimpin kerajaan.

Chares sifatkan KJ tunjuk contoh salah
Melalui beberapa keping gambar dikongsikan di media sosial, pengunjung dilihat bersesak-sesak dan gagal melakukan penjarakan sosial.

Khairy kemudian mengumumkan bahawa penganjur iaitu Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama atau Sepadu yang merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. dikenakan kompaun RM1,000.

BACA:
Nilai kompaun RM1,000 program k'jaan dipersoal

Bagaimanpun beberapa pemimpin HARAPAN mempersoalkan kadar denda dikenakan yang disifatkan sebagai terlalu rendah.