Ismail digesa buktikan 500,000 orang dah dapat kerja

PERDANA MENTERI Ismail Sabri Yaakob dianggap mungkin sedang bermimpi apabila mengumumkan lebih setengah juta pencari kerja telah berjaya mendapat peluang pekerjaan setakat 3 Disember lalu.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng melalui satu kenyataan mempersoalkan kenyataan itu yang menurutnya tidak disandarkan dengan bukti kukuh.

Beliau turut bertanya motif sebenar kenyataan Ahli Parlimen Bera itu.

"Saya fikir ia adalah angka rambang, tanpa agensi kerajaan yang menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong angka itu.

"Adakah ia satu lagi kenyataan syok sendiri yang memuji diri sendiri dan cuba menipu pengundi sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember?,” soalnya.

Sementara itu Lip Eng turut ingin mengetahui, daripada 705,000 penganggur yang direkodkan pada Oktober tahun ini, berapa ramai antara mereka yang benar-benar mendapat pekerjaan.

Kenyataan mesti bersandar dengan bukti
“Ismail Sabri tidak sepatutnya memberi maklumat yang salah! Dia perlu membuktikan angka itu benar, atau dia dan Kabinetnya tidak layak berada lagi 100 hari di dalam kerajaan,” katanya.
 
Pada masa sama beliau berkata, jika Malaysia boleh mencapai pemulihan yang ajaib dalam pengangguran di negara ini, kerajaan Ismail harus menawarkan rundingan untuk mengajar Amerika Syarikat dan seluruh dunia cara mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi. 

 BACA: Apakah k'jaan tanda 'report card' sendiri ?

Sebagai rekod, Ismail turut dikritik berhubung kenyataannya sebalum ini bahawa jemaah menterinya berjaya mencapai 90 peratus daripada sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan dalam tempoh 100 hari.

Beberapa aktivis dan ahli akademik mempersoalkan apakah kerajaan Ismail memberi markah kepada kada laporan mereka sendiri

Post a Comment

0 Comments