Prestasi 90 peratus: Apakah k'jaan tanda 'report card' sendiri ?


KENYATAAN
Ismail Sabri Yaakob kononnya prestasi 100 hari Jemaah Menteri dibawahnya berjaya mencapai 90 peratus daripada sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan hanya membangkitkan pelbagai soalan.

Beberapa pihak termasuk persatuan mewakili kumpulan pengguna membidas kenyataan itu dengan mempersoalkan bagaimana kerajaan sendiri menetapkan penanda aras tersebut.

“Rakyat yang sepatutnya memberi markah. Macam mana kerajaan yang menetapkan kertas soalannya, menandanya, dan kata dapat markah A+?” soal Presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), N Marimuthu dipetik laporan FMT.

Bercakap semasa melancarkan 100 Hari Aspirasi #Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis, Ismail berkata sebanyak 140 sasaran telah ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari

Difahamkan diukur berdasarkan Perkhidmatan Teras Kementerian (50%), Penilaian Prestasi Menteri (25%) dan Persepsi Awam (25%) terhadap Menteri dan Kementerian.

Sebagai rekod, pelancaran Hari Aspirasi yang dihadiri Ismail dan jemaah menteri itu sendiri dikritik setelah gagal memastikan SOP ditetapkan dipatuhi.

Sementara itu ketika mengulas 'kejayaan' didakwa Ismail,  Marimuthu berkata kerajaan harus ingat bahawa “rakyat adalah raja” dan pandangan mereka mengenai prestasi kerajaan perlu diambil kira. Beliau menerik perhatian kepada isu kenaikan harga barang dan makanan yang hangan diperkata sejak beberapa minggu lalu.

Ahli ekonomi Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Razak turut mempersoal kenyataan Ismail dengan bertanya sama ada markah 90% itu cuma melibatkan perancangan kerajaan sahaja atau projek dan skim yang telah dilaksanakan.

“Ini kerana kita melihat banyak program seperti subsidi dan bantuan diumumkan pada 2020 tetapi dilaksanakan pada 2021,” katanya. “Adakah pelaksanaan yang tertangguh termasuk dalam KPI?”

Beliau juga berkata kerajaan masih belum mencapai sasarannya menyediakan 500,000 pekerjaan tahun ini dan sasaran itu ditetapkan pada tahun lepas.

Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel, juga menyatakan rasa pelik apabila kerajaan melakukan pemarkahan kendiri dan mendakwa telah mencapai skor KPI 90%.

C4 tertanya bagaimana Ismail mendapat peratusan itu dan menggesa Perdana Menteri menghebahkan butiran kad laporan supaya orang ramai boleh menilainya.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dari KEADILAN itu turut sependapat dengan Cyntia. Beliau menggesa 140 sasaran utama yang dikatakan telah dicapai kerajaan itu diterbitkan.

Rakyat yang sepatutnya nilai prestasi k'jaan
“Saya ragu-ragu dengan dakwaan itu kerana saya tidak merasakan ekonomi keseluruhan kini jauh lebih baik daripada 100 hari lalu,” katanya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai kewangan dan ekonomi itu membangitkan antaranya isu harga keperluan asas yang tinggi dan juga persepsi bahawa kepimpinan dan pentadbiran adalah tidak meyakinkan.”

Post a Comment

0 Comments