SEORANG pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) mahu gabungan itu mengambil sikap berhati-hati dengan strategi dimainkan Umno-BN.
Dr Zaidi Zakaria dipetik laporan Malaysia Dateline berkata, sejarah telah membuktikan apabila Umno-BN lemah mereka akan mengadakan rundingan dengan oposisi yang mana strategi yang dilakukan banyak berpihak kepada mereka.
” Pasca PRU ke-14 menyaksikan Umno-BN tewas dan hilang kerajaan Pusat dan mereka gerakkan rundingan serta jalinkan persefahaman politik apabila berasa lemah.
” Walau bagaimana pun tatkala ini mereka berjaya memperdayakan PAS dan Bersatu dan menjadikannya sebagai tunggangan bagi mengembalikan semula kuasa yang telah hilang,” ujar Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang itu.
Beliau turut menegaskan kekuatan strategi Umno-BN dimana mereka tidak tidak pernah berpecah tunjangnya dan kekal bersama berbanding pembangkang yang beberapa kali gagal mengekalkan gabungan diwujudkan mereka.
Dr Zaidi ketika mengulas keadaan semasa menambah Umno-BN juga mendekati HARAPAN dan cuba menjalin persefahaman.
Persefahaman dengan HARAPAN melalui MoU itu yang kononnya kerana pandemik Covid-19 pada awalnya menjanjikan ‘strong, formidable dan convincing’ di Parlimen.
Wajar untuk MoU dgn Ismail dibatalkan |
Sehubungan itu saran beliau, parti komponen perlu kukuhkan persatuan dan HARAPAN harus batalkan MoU dengan Umno-BN serta tiada lagi rundingan dengan mereka setelah ternyata janji tidak mereka tepati.
0 Comments