KEADILAN akan meneruskan usaha bagi mengembalikan semula mandat diberi rakyat kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata begitu susulan kenyataan Ahmad Zahid Hamidi bahawa Umnoakan mengadakan 'gencatan politik' dan akan memperkukuh sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).
"KEADILAN mengambil maklum dan menghormati kenyataan yang telah dibuat presiden Umno hari ini.
"Pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan ahli-ahli parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama iaitu memperbetulkan halatuju kepimpinan negara serta melipat ganda usaha menyelesaikan masalah rakyat," katanya.
Kerajaan PN diketuai Muhyiddin Yassin baru-baru ini terhimpit dengan masalah sokongan. Beberapa isu dan rasa tidak puas hati kepada PN diluahkan pemimpin Umno.
Pentadbiran Muhyiddin semakin goyang apabila Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Sept lalu mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan untuk menubuhkan kerajaan pusat.
Kenyataan itu disambut Zahid yang menegaskan beliau memaklumi ramai Ahli Parlimen Umno mengalihkan sokongan kepada Anwar dan tidak mampu menghalangnya.
![]() |
Hormat keputusan u-turn Umno |
Seminggu lalu, Muhyiddin melalui Hamzah Zainuddin meminta Umno menjelaskan perincian syarat-syarat baharu tersebut.
Kenyataan terbaharu berhubung 'gencatan politik' dan sokongan Umno kepada PN itu dilihat sebagai tidak mengejutkan. Rauters dalam satu laporan yang disiar kembali portal FMT sebelum ini berkata, perbincangan mengenai syarat dikemuka itu telah diadakan sebagai usaha menenangkan Umno.
0 Comments