SEORANG wanita yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 ditemui mati di Hospital Queen Elizabeth I dekat Kota Kinabalu malam tadi.
Mangsa, warga tempatan berusia 63 tahun itu dipercayai mengakhiri hayatnya dengan terjun dari tingkat lapan bangunan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.30 malam setelah kejadian itu disedari pihak hospital.
"Mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif Covid-19. mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dijadualkan untuk keluar hospital pada Khamis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu tambah Habibi, pihaknya sedang menjalankan siasat bagi mengenal pasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi di tempat kejadian.
![]() |
Mangsa disahkan sembuh Covid-19 |
Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE sementara menunggu siasatan lanjut berkaitan punca mangsa membunuh diri.
Sementara itu, Orang ramai dialu-alukan membuat aduan dan berkongsi masalah kepada sukarelawan Befriendes sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi secara percuma di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk bantuan.
0 Comments