Sultan Ismail Petra dilapor mangkat



AYAHANDA Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dilapor telah mangkat pagi tadi,

Berita mengenainya dikongsikan laman Facebook Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi.

Difahamkan, Baginda mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.

Pemakaman akan dilangsungkan di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan.

Berikut adalah kenyataan dari laman terbabit.


Assalamualaikum wbt.

Dukacita dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Al-Sultan Yahya Petra (ayahanda Sultan Kelantan) telah mangkat pada jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.

Petikan dari laman Facebook
Jenazah Al-Marhum DYMM Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan kali terakhir dan dijangka Istiadat Pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan.

Etika Berpakaian Bagi Kerabat:-
- Baju Melayu Putih
- Bersampin Putih
- Songkok Hitam beralas kain putih diatas
- Baju Kurung Putih (Bagi Perempuan)

Etika Berpakaian Bagi Orang Awam:-
- Baju Melayu Putih
- Bersampin Putih
- Bersongkok Hitam beralas kain putih diatas
- Baju Kurung Putih (Bagi Perempuan)

Al-Fatihah

Berita akan menyusul

Post a Comment

0 Comments