Kerajaan perlu regulasi, bukan haram vape - Komuniti



PENGGUNA rokok elektronik di-negara ini digesa bersama-sama mendesak kerajaan agar mempercepatkan proses regulasi (undang-undang) penggunaan dan penjualan rokok alternatif itu.

Gesaan itu dikemuka komuniti pengguna vape yang mendakwa telah berjaya menghentikan tabiat buruk menghisap rokok tembakau dengan menggunakan peranti elektronik yang menurut mereka lebih selamat itu.
M-Community gesa kerajaan bertindak adil
Melalui satu kenyataan media, komuniti yang menggelar diri mereka sebagai M-Community itu berkata, kerajaan wajar mempercepatkan proses regulasi itu bagi memudahkan proses kawal selia dan bukannya secara melulu menyekat penjualan peranti itu di negara ini.
 


Malah mereka mahu kerajaan dan pengamal perubatan berlaku adil kepada pengguna rokok elektronik dengan tidak menyebarkan kenyataan berat yang memburukkan penggunaan peranti tersebut.


"Sejak vape (rokok elektronik) diperkenalkan bagi mengganti aktiviti merokok pada 2010 tiada sebarang kajian telah dilakukan di Malaysia.


"Kebanyakkan kesan sampingan yang diceritakan bukan dari segi
kajian, tetapi berdasarkan teori.


"Tuduhan-tuduhan tidak berasa seperti kematian di luar negara sudah banyak kali dijelaskan didalam Centres for Disease Control & Preventation (CDC) dimana ia bukan disebabkan vape nikotin, tetapi salahguna dadah jenis THC.

"Selama vape diperkenalkan di Malaysia mahupun luar negara, belum ada kes kematian melibatkan vape ini," kata kenyataan itu.

Terdahulu, pengguna peranti elektronik dimomokkan kononnya kejadian kematian di Amerika syarikat baru-baru ini disebabkan penggunaan vape.

Sesetengah pihak mendakwa ada gerakan dipercayai dilakukan pihak tertentu bagi memburukkan industri rokok elektronik. Ia didakwa bermotifkan monopoli perniagaan dalam industri tertentu.

Sementara itu, M-Comunity menjelaskan, kandungan dalam cacair vape adalah selamat dan ia banyak digunakan dalam pembuatan makanan, ubat-ubatan dan barangan keperluan harian.

"Jika kerajaan dapat mempercepat regulasi ini, ia boleh dikawal selia dan vape menjadi pilihan sihat untuk mereka yang ingin berhenti merokok.

"Kami sebagai pengguna mahu bebas dari tar rokok yang mempunyai lebih 4000 bahan racun yang menyebabkan kanser," tambah kenyataan itu.

Tegas mereka lagi, memandangkan ia pilihan lebih baik berbanding rokok, kerajaan perlu mengambil kira pandangan pengguna vape yang rata-rata merupakan golongan pengundi sebelum membuat apa-apa cadangan untuk mengharamkannya.


Post a Comment

0 Comments