Henti khidmat pengiring Najib: warganet anggap adil



BEKAS Perdana Menteri, Najib Razak tidak lagi akan mendapat khidmat pengiring trafik bermotosikal.

Portal Malaysiakini dalam laporannya berkata, kerajaan telah mengeluar arahan itu dan perkara mengenainya telah dimaklumkan polis kepada pegawai khas Najib Mohd Shahrir Mohd Aripin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias mengesahkan mengesahkan perkara itu.

Sementara itu Azisman menjelaskan bahawa Najib masih boleh memohon untuk mendapatkan khidmat pengiring trafik bermotosikal, namun ia jelasnya hanya untuk urusan rasmi.

"(Tetapi) bukan untuk urusan peribadi dan parti," tambah Azisman.

Sementara itu, tinjuan di ruangan komen portal tersebut mendapati rata-rata warganet menyifatkan keputusan itu sebagai tepat.

Malah mereka mengaitkan keputusan itu dengan tindakan kerajaan pimpinan Najib sebelum ini yang menarik semula khidmat serupa kepada Tun Dr Mahathir sebelum ini.

"Nasib kau lah Najib....Dulu masa kau berkuasa kau kenakan Madey (Mahathir)...what goes around comes around (Apa yg kita buat, ia akan berbalik kepada kita)," tulis Rosdin Ahmad.

Sebagai rekod,  Pada tahun 2016, Mahathir, yang ketika itu berkempen menentang Najib, juga menyaksikan hak istimewa yang diberikan kepadanya ditarik balik oleh pentadbiran Najib.

Post a Comment

0 Comments