Presiden MIC cabar timbalan Pesuruhjaya PAS kedah


MENTERI BESAR
Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi ditempelak susulan kenyataannya.

Presiden MIC SA Vignaeswaran menyifatkan sebagai sombong dan mencabarnya untuk bertanding di kerusi campuran pada pilihan raya akan datang.

Ia susulan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu yang mengungkapkan "malas layan" MIC dan menggambarkan bahawa PAS tidak memerlukan sokongan MIC, selain menyifatkan MIC yang sebenarnya memerlukan sokongan PAS.

"Saya dapat memahami dengan jelas mengapa dan bagaimana Amanah dibentuk kerana orang seperti MB Kedah yang sombong.

"Tidak ada parti serpihan dari MIC sejak 30 tahun lalu walaupun terdapat banyak isu. Isu terakhir mempengaruhi banyak pengundi, bahkan pengundi Melayu, yang secara tradisional memberikan sokongan mereka kepada BN tetapi tidak melakukannya pada PRU14.

"Menteri besar ini ini tidak bertimbang rasa, seolah-olah PAS sendiri membentuk pemerintahan di Kedah," kata Vignaeswaran dipetik laporan Malaysiakini.

Sanusi mengungkapkan kenyataan bahawa beliau tidak memelukan sokongan masyarakat India terutama ahli MIC bagi menjawab amaran parti itu yang tidak akan menyokongnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
 
Vigmaeswaran sebelumnya menempelak Muhammad Sanusi sebagai pemimpin tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kemampuan untuk 'bersosial' dengan kaum lain setelah Sanusi enggan mengisytiharkan perayaan iThaipusam sebagai cuti peristiwa di Kedah.

Thaipusam sebelum ini merupakan cuti umum di Kedah sejak 2014. Keputusan untuk menarik semula cuti umum itu mendapat kecaman dari MIC, Pakatan Harapan (HARAPAN) dan juga bekas presiden Umno, Najib Razak.

Sementara itu, Vignaeswaran mencabar Sanusi agar bertanding di kerusi campuran pada pilihan raya akan datang.

Sanusi dicabar bertanding kerusi campuran
"MB ini tidak mempunyai keberanian untuk bertanding di kawasan bukan Melayu. MIC dan MCA masih akan bertanding dan mengambil risiko,

"Untuk menunjukkan betapa terkenal dan hebatnya dia, saya mencabar Sanusi untuk bertanding di kerusi campuran dan melihat bagaimana pengundi menyokongnya," katanya.