Gantung Parlimen akan panjangkan beban rakyat, tegas Anwar


PENGERUSI
Pakatan Rakyat (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor menghantar afidavit dalam usaha mencabar keputusan kerajaan Muhtyiddin Yassin menggantung sidang Perlimen ketika pelaksanaan darurat.

Bercakap dalam siarang langsung di Facebooknya semalam Anwar berkata, beliau percaya pihaknya ada hujah berasas untuk membenarkan Parlimen bersidang, tanpa menjejaskan pelaksanaan darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, sebelum ini.

“Hari ini, saya bercadang memfailkan afidavit ke mahkamah, untuk membantah keputusan menggantung Parlimen kerana ada hujah Perlembagaan yang membolehkan Parlimen bersidang, sementara darurat dijalankan.

“Kita akan failkan hanya untuk persidangan Parlimen. Ia tidak beri ruang kepada orang cari helah, pandangan kononnya kita hendak bertelagah dengan keputusan Agong,” katanya.

Langkah itu menyusuli tindakannya menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Sultan Abdullah membatalkan perisytiharan darurat dan sidang Parlimen diadakan sebelum 31 Jan ini.

Presiden KEADILAN itu turut mendakwa 114 atau 115 Ahli Parlimen menolak usul darurat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dengan jumlah itu jelasnya, mencukupi untuk meminta Agong mempertimbangkan usul tersebut serta memanggil sidang Parlimen dengan segera.

Sementara itu, Anwar mendakwa kerajaan Perikatan Nasional cuba melambatkan sidang Parlimen berkali-kali tahun lalu dalam usaha mengelakkan cubaan untuk mencabar majoriti mereka yang “sebenarnya tidak wujud”.

Anwar bakal cabar tindakan k'jaan PN
Disebabkan itu, katanya, rakyat menderita kerana lewat mendapat bantuan kewangan di bawah pakej rangsangan ekonomi.

“Tahun ini, kerajaan PN berhasrat mengelak sidang Parlimen lagi sekali, menyorok di belakang perisytiharan darurat.

“Kesannya nanti pasti akan memanjangkan penderitaan rakyat Malaysia,” katanya.

Post a Comment

0 Comments