ANGKA kematian akibat pendemik Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 2.13 juta kes.
Berdasarkan data oleh Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 420,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 217,000 kes, India dan Mexico pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
United Kingdom (UK), Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia mencatatkan angka korban melebihi 50,000 kes.
Selain itu, negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru dan Poland.
Negara jiran Indonesia mencatatkan lebih 20,000 angka korban, angka sama direkodkan di Turki, Ukraine dan Belgium.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menjangkakan kes positif wabak itu di seluruh dunia bakal melepasi angka 100 juta kes minggu ini.
![]() |
Kes positif hampir 100 juta |
Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes.
0 Comments