AHLI PARLIMEN Kepong Lim Lip Eng menggesa Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menjelaskan tindakan nyahwarta kawasan hijau di sempadan kawasan Parlimen Kepong dan Batu.
Menurut Lip Eng, Sebahagian syarat tanah telah ditukar untuk tujuan projek pembangunan perumahan secara senyap-senyap.
Ia menurutnya telah membangkitkan banyak persoalan mengenai tindakan tersebut.
“Memandangkan projek ini adalah projek kerjasama dengan pemaju swasta, adakah projek ini diperolehi melalui tender terbuka? Siapakah pemaju yang mendapat projek ini?
“Walaupun proses diambil pihak berkuasa untuk nyahwartakan kawasan hijau atau tanah lapang ini dubuat secara sah, namun mengapakah temph diberikan untuk membuat bantahan terhadap projek ini terlalu singkat?
“Adakah ini helah yang diambil pihak berkuasa untuk memastikan tidak ramai orang dapat menghantar bantahan mereka, lebih-lebih lagi pada waktu perintah kawalan pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan.
Memetik laporan FMT, Tanah berukuran 3.86ha itu diguna pakai sebagai kawasan awam dan terdapat sebuah pusat asuhan dibina di kawasan berkenaan.
Kini, pihak berkuasa bercadang untuk membangunkannya sebagai projek pembangunan.
54% daripada tanah itu dikatakan akan menjadi tapak sebuah projek perumahan mampu milik, sementara selebihnya akan dijadikan tapak pembangunan sebuah kondominium mewah.
Sementara itu Lip Eng berkata, sekiranya tiada jawapan diberikan oleh Annuar, maka beliau akan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tujuan siasatan lanjut.
![]() |
Annuar digesa beri penjelasan |
“Apakah yang akan terjadi kepada mereka yang menggunakan tapak awam tersebut? Apakah nasib perniagaan yang wujud di sekitar kawasan itu?” katanya lagi.
0 Comments