PENTADBIRAN Muhyiddin Yassin digesa mengenakan tindakan lebih tegas terhadap majikan yang didapati menyumbang kepada kewujudan kluster Covid-19 di tempat kerja.
Gesaan itu disuarakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan banyak laporan telah dibuat berhubung pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di asrama pekerja yang menempatkan pekerja warga asing.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, asrama pekerja yang tidak mematuhi SOP dikenal pasti sebagai antara lokasi berisiko tinggi penularan virus tersebut.
“Kenapa syarikat tersebut terus dibiarkan melanggar SOP PKP tanpa sebarang tindakan?
"Kerajaan mempunyai masa untuk menggerakkan penguat kuasa bagi memantau dan menguatkuasakan SOP itu, namun ini tidak berlaku,” kata Anwar dalam siaran di laman Facebooknya.
![]() |
Anwar gesa tindakan lebih tegas |
“Membenarkan sektor-sektor ini beroperasi hanya akan memanjangkan tempoh pelaksanaan PKP dengan akibatnya ditanggung oleh jutaan rakyat Malaysia yang pada masa ini berusaha membantu memperlahankan penularan pandemik itu,” katanya lagi.
0 Comments