PARTI PAS didakwa memang tiada hasrat untuk membentuk kerajaan bersama Bersatu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Rafizi Ramli.
Mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang berkata bahawa PAS tidak menolak kerjasama dengan Barisan Nasiona (BN) untuk membentuk kerajaan, Rafizi berkata PAS tahu bahawa Perikatan Nasional (PN) - gabungan parti itu bersama Bersatu - tidak akan menang dalam PRU kali ini.
"Pengerusi PN Muhyiddin Yassin kena scam. PAS tidak ada niat pun untuk bentuk kerajaan dengan PN," katanya.
Timbalan Presiden KEADILAN itu juga berkata, ketidakyakinan itu dapat dilihat apabila menggunakan logo partinya, bukan PN, untuk bertanding di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
"Muhyiddin ingat PAS bersama (partinya), PAS ini sebenarnya scam Bersatu dalam PN. Bersatu banyak duit, Muhyiddin banyak duit. Cuba tengok bahan kempen PRU, memang Bersatu paling ke depan.
"Bendera besar, semua besar. Tak cukup dengan semua itu, mereka boleh bayar influencer RM20,000 hingga RM50,000," kata Rafizi sambil mengingatkan bahawa mana-mana gabungan politik yang dibina daripada "pengkhianatan" akhirnya akan berdepan pengkhianatan.
Sebelum ini penganalisis politik menjangkatan sukar untuk mana-mana gabungan politik membentuk kerajaan secara bersendirian.
Adakah rakyat mahu BN kembali jadi k'jaan? |
Sambil merujuk kenyataan Takiyuddin, Kor Ming menegaskan bahawa keputusan memberikan satu undi kepada PN ada PRU kali ini ibarat memberikan satu undi kepada BN untuk kembali membentuk kerajaan.
0 Comments