Fadhlina janji bebas rasuah, jadi pemimpn berintegriti tinggi

 


GOLONGAN wanita mampu menjadi pemimpin paling sesuai dan efisien untuk memerangi gejala rasuah, kata Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Fadhlina Sidek golongan itu mempunyai kompetensi tinggi dalam mengurus tadbir serta lebih berintegriti dalam kepimpinan dan beliau mempunyai cita-cita bagi memastikan masalah rasuah di negara ini dapat diatasi.

"Komitmen saya adalah untuk memastikan negara ini bersih daripada rasuah dan pemimpin wanita adalah pemimpin yang paling sesuai, efisien serta tinggi kompetensi untuk memerangi rasuah

"Rasulullah SAW menegaskan berkaitan orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah. Jauhi rasuah dan negara ini akan bersih, selamat daripada mereka yang lakukan korupsi

"Sekiranya saya terpilih sebagai wakil rakyat di Parlimen Nibong Tebal, saya beraku janji untuk memastikan saya bebas rasuah, tinggi integriti dan cekap dengan memastikan segala urus tadbir berlaku dengan amanah, cekap dan bersih," katanya dipetik Sinar Harian.

Sebagai rekod, ketika HARAPAN menguasai Putrajaya, Malaysia memperbaiki reputasi dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2019 apabila melonjak ke tangga ke-51 berbanding berada di kedudukan ke-61 pada 2018

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan dalam satu kenyataan menjelaskan ‘pemulihan’ imej Malaysia didorong tindakan tuntas kerajaan ketika itu dalam merungkai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC), FELDA dan Tabung Haji, pasca keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Walau bagaimanapun selepas kerajaan HARAPAN dijatuhkan, Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh ke tangga 57 pada 2020 dan tangga 62 pada tahun lalu.

Sementara itu Fadhlina mengingatkan pengundi bahawa adalah menjadi tanggungjawab  untuk mengundi dan memilih calon yang bersih daripada sebarang korupsi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Fadhlina mempunyai pengalaman luas dalam literasi undang-undang keluarga Islam, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak dan mempunyai firma guaman syarie sendiri.

akan berdepan pertandingan empat penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) Mansor Othman;  Presiden Makkal Sakti Malaysia R S Thanenthiran yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon bebas Goh Kheng Huat.

Fadhlina turut mahu angkat martabat wanita
Pada PRU14, Mansor yang ketika itu bertanding atas tiket HARAPAN memperoleh 35,395 undi menewaskan Datuk Shaik Hussein Mydin (BN) yang mendapat 19,578 undi, manakala Mohd Helmi Harun (Pas) dan Tan Tee Beng (Bebas) masing-masing dengan 6,875 dan 331 undi.

Mansor kemudian menyertai Bersatu selepas peristiwa Langkah Sheraton yang membawa kepada jatuhnya kerajaan HARAPAN. 

 

Post a Comment

0 Comments