PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) Melaka akam mewartakan lebih banyak tanah milik Orang Asli (OA) di negeri itu sekiranya berjaya mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.
Pengerusinya, Adly Zahari berkata, pewartaan itu menjadi sebahagian agenda utama HARAPAN Melaka bagi mengelakkan pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Ini dasar kita lakukan ketika menjadi kerajaan dan kalau ikut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Melaka antara negeri yang meluluskan pewartaan itu namun bila dinilai balik, perkara itu tidak disempurnakan.
“Justeru, ini harus diberikan keutamaan walaupun sebahagian OA menuntut kawasan rayau bagi mendapatkan hasil dan sebagainya, saya fikir keutamaan adalah pewartaan di samping mereka mahu diberikan keutamaan seperti warga (Malaysia) lain,” katanya.
Bekas Ketua Menteri itu yang kini bertanding bagi Parlimen Alor Gajah turut menegaskan, adalah tidak sewajarnya masyarakat Orang Asli dipinggirkan dan ‘dianak tirikan’ oleh kerajaan.
Ini kerana mereka jelasnya juga sebahagian daripada rakyat Malaysia yang sudah tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Mereka macam kita, sama sahaja namun boleh dilihat (keadaan) berbeza berbanding kampung dan kawasan bandar, seolah-olah Orang Asli tidak beri hasil kepada kerajaan. Tapi sebenarnya mereka ini rakyat yang harus diberi keutamaan kerana sebahagian dalam sistem negara ini.
“Masa kita memimpin Melaka, perkampungan OA merupakan antara produk pelancongan kita dan sepatutnya ini mesti dijaga. Kalau infrastruktur lebih baik serta orang ramai boleh akses, sudah pasti produk mereka mampu dijual kepada pelancong,” katanya dipetik.
Selain itu Adly turut melihat kepada pentingnya keperluan sosioekonomi masyarakat itu, khususnya dalam bidang pendidikan dan kesihatan.
Bidang-bidang penting itu menurutnya perlu distruktur semula agar komuniti Orang Asli mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik.
“Mereka mungkin setakat hidup sahaja untuk makan, namun dari segi penjagaan kesihatan apa yang mereka makan itu perlu diberikan tumpuan dan saya fikir memang perlu distruktur semula agar perkara itu dapat dilaksanakan Orang Asli.
“Ia perlu dibuat secara terancang dan lebih baik dari semasa ke semasa. Kalau kita lihat masyarakat Orang Asli itu kalau dijadualkan persoalan kesihatan, boleh jadi lebih baik (berbanding) apa yang ada pada hari ini.
“Oleh sebab itu, di dalam manifesto HARAPAN, keutamaan kepada OA memang dinyatakan dan paling penting ia digazetkan dalam mana-mana keadaan dan suasana,” katanya.
Pengerusinya, Adly Zahari berkata, pewartaan itu menjadi sebahagian agenda utama HARAPAN Melaka bagi mengelakkan pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Ini dasar kita lakukan ketika menjadi kerajaan dan kalau ikut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Melaka antara negeri yang meluluskan pewartaan itu namun bila dinilai balik, perkara itu tidak disempurnakan.
“Justeru, ini harus diberikan keutamaan walaupun sebahagian OA menuntut kawasan rayau bagi mendapatkan hasil dan sebagainya, saya fikir keutamaan adalah pewartaan di samping mereka mahu diberikan keutamaan seperti warga (Malaysia) lain,” katanya.
Bekas Ketua Menteri itu yang kini bertanding bagi Parlimen Alor Gajah turut menegaskan, adalah tidak sewajarnya masyarakat Orang Asli dipinggirkan dan ‘dianak tirikan’ oleh kerajaan.
Ini kerana mereka jelasnya juga sebahagian daripada rakyat Malaysia yang sudah tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Mereka macam kita, sama sahaja namun boleh dilihat (keadaan) berbeza berbanding kampung dan kawasan bandar, seolah-olah Orang Asli tidak beri hasil kepada kerajaan. Tapi sebenarnya mereka ini rakyat yang harus diberi keutamaan kerana sebahagian dalam sistem negara ini.
“Masa kita memimpin Melaka, perkampungan OA merupakan antara produk pelancongan kita dan sepatutnya ini mesti dijaga. Kalau infrastruktur lebih baik serta orang ramai boleh akses, sudah pasti produk mereka mampu dijual kepada pelancong,” katanya dipetik.
Selain itu Adly turut melihat kepada pentingnya keperluan sosioekonomi masyarakat itu, khususnya dalam bidang pendidikan dan kesihatan.
Bidang-bidang penting itu menurutnya perlu distruktur semula agar komuniti Orang Asli mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik.
“Mereka mungkin setakat hidup sahaja untuk makan, namun dari segi penjagaan kesihatan apa yang mereka makan itu perlu diberikan tumpuan dan saya fikir memang perlu distruktur semula agar perkara itu dapat dilaksanakan Orang Asli.
Kehidupan Orang Asli perlu ditambah baik |

0 Comments