DATUK Abdullah Sani Abdul Hamid yang dipertaruhkan Pakatan Harapan tekad meneruskan pembangunan Kapar jika sekali lagi diberi mandat pada pilihan raya umum ke-15.
Beliau yang mempertahankan kerusi parlimen itu pada kali ini berkata, pelbagai kemajuan dibangun di kawasan itu sejak empat tahun lalu demi manfaat rakyat khususnya dalam soal pembaikan jalan raya.
“Ini bukan masanya lagi sesi perkenalan dan saya akan menerangkan kejayaan demi kejayaan yang dibawa di Parlimen Kapar untuk lemparan terakhir berkempen sebelum pengundian.
“Banyak yang saya bawa ke Parlimen dan telah diambil perhatian kerajaan persekutuan antaranya 80 peratus jalan raya sudah di baiki, isu banjir dan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara yang kini mencapai 60 peratus,” katanya dipetik Selangorkini.
Abdullah Sani yang dikenali sebagai pemimpin kesatuan sekerja sebelum ini turut membidas dakwaan parti lawan bahawa kononnya beliau tidak turun padang sejak menjadi ahli parlimen Kapar.
Berkata tuduhan itu sebagai serangan murahan, beliau berkata sanggup mengajak mereka berdebat bagi menyangkal tuduhan itu.
“Ada serangan daripada pihak lawan mengatakan saya tidak turun padang di media sosial, namun saya tepis dengan menunjukkan bukti saya bertemu penduduk dari Kampung Delek sehingga Kapar.Abdullah Sani mahu teruskan pembangunan
“Saya santuni penduduk bukan waktu berkempen sahaja tetapi sejak empat tahun lalu. Dakwaan tidak nampak muka saya hanya alasan semata-mata, jika berani saya ajak mereka berdebat tetapi mereka hanya mendiam diri sahaja,” katanya.
0 Comments