SATU undi yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ibarat satu undi untuk Barisan Nasional (BN), kata Nga Kor Ming.
Dalam satu sidang media di Ipoh pada Khamis, Naib Presiden DAP Kebangsaan itu meminta pengundi membuat pilihan tepat dan tidak membazirkan undi tersebut kepada gabungan berkenaan.
"Maklumat terkini yang saya terima adalah pengumuman daripada Setiausaha PAS, Datuk Seri Takiyuddin.
"Takiyuddin sudah umum sedang mencari jalan untuk bekerjasama dengan BN. Oleh kerana itu, saya mengambil peluang ini menyeru supaya seluruh pengundi jangan bazirkan satu undi pun kepada PN dan BN.
"Mereka sekarang sudah ada muslihat dan rahsia nak bergabung, maka satu undi untuk PN adalah satu undi untuk BN.
"Jangan bazir undi, undi Pakatan Harapan (HARAPAN) barulah kita akan ada satu perubahan yang positif untuk memulihkan ekonomi, menghapuskan rasuah dan membina bangsa Malaysia," katanya dipetik laporan Awani.
Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Takiyuddin pihaknya akan bergabung dengan BN pasca PRU15 jika tidak memperoleh kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Takiyuddin dipetik laporan media baru-baru ini berkata PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama Barisan Nasional (BN) pada PRU ini.
Pilih HARAPAN, jangan bazir undi |
"Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15) kita boleh wujudkan hubungan itu," kata Takiyuddin menurut laporan media.
Walau bagaimanapun selepas dikritik, Takiyuddin berkata penggabungan dengan BN itu bukan melihatkan PN, sebaliknya hanya PAS.
0 Comments